Kluster Bunga: Tiada risiko jangkitan kepada penduduk PD - Utusan Malaysia

Kluster Bunga: Tiada risiko jangkitan kepada penduduk PD

S. Veerapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk terutamanya di daerah Port Dickson dinasihatkan tidak bimbang dengan risiko jangkitan Covid-19  Kluster Bunga membabitkan anak kapal yang berlabuh di daerah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, kesemua anak kapal tersebut di kuarantin di dalam kapal berkenaan.

“Oleh itu, orang ramai terutamanya penduduk sekitar Port Dickson tidak perlu bimbang dengan kluster berkenaan.

“Kami harap orang ramai meneruskan kebiasaan baharu iaitu memakai pelitup muka, membuat penjarakan fizikal dan juga sentiasa membasuh tangan atau menggunakan sanitasi tangan” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Veerapan berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak empat kes baharu direkodkan membabitkan anak kapal berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 1,043 kes.

“Lapan kes masih dirawat, 1,027 kes sembuh dan  lapan kematian direkodkan akibat Covid-19,” kata beliau.

Terdahulu, melalui perkongsian di  Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga pukul 12 tengah hari semalam,  seramai 59 individu disaring membabitkan Kluster Bunga. 

Empat kes baharu dilaporkan dalam kluster ini melalui persampelan kedua bagi sejumlah 22 anak kapal yang berlabuh di Port Dickson.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 dalam kluster ini adalah 10 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya