fbpx

25 Januari 2021, 5:25 pm

  TERKINI

Ketua, dua wanita anggota ‘Geng CD Dragon’ ditahan

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Polis menahan ketua dan dua wanita anggota ‘Geng CD Dragon’ yang dipercayai kembali aktif mencuri kereta selepas keluar dari penjara dua bulan lalu di Kampung Naga Lilit, di sini semalam.

Ketua kumpulan dan dua wanita itu yang berusia antara 23 tahun hingga 36 tahun ditahan selepas polis melakukan serbuan di sebuah rumah pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azhar Hashim berkata, kegiatan Geng CD Dragon itu terbongkar selepas menerima aduan daripada seorang mangsa lelaki yang kehilangan kereta jenis Honda Civic di rumah sewanya di Kulim Hi-Tech, di sini bulan lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas tiga kereta iaitu dua buah Proton Wira yang bersangkut laporan hilang di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dan Tasek Gelugor serta sebuah Honda Civic yang dilaporkan hilang di Prai, Pulau Pinang.

“Seorang lelaki dan dua wanita yang berada di rumah itu ditahan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azhar, ketua geng itu berusia 36 tahun mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk lima kes curi kereta dan seorang wanita berusia 29 tahun yang ditahan mempunyai 13 kes jenayah lampau termasuk 11 kes berkaitan dadah dilaporkan baru keluar penjara dua bulan lalu.

Sementara itu, katanya, seorang lagi wanita berusia 23 tahun pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek tersebut bersama kereta yang dirampas dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.

“Polis percaya dengan tangkapan tiga suspek itu berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kereta di daerah ini dan Pulau Pinang,” katanya.

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan. – UTUSAN ONLINE