Kes denggi Selangor naik 5.5 peratus dalam seminggu  - Utusan Malaysia

Kes denggi Selangor naik 5.5 peratus dalam seminggu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes demam denggi di Selangor meningkat  5.5 peratus dalam tempoh seminggu pada bulan ini iaitu 533 kes berbanding minggu sebelumnya  524 kes.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, berdasarkan statistik peningkatan itu direkodkan bagi tempoh  20 hingga 26 September pada minggu epid (ME) ke-39 tahun ini.

  Menurut beliau, lima daerah  mencatatkan kes denggi tertinggi ialah  Petaling iaitu 13,608 kes, Hulu Langat (8,091), Klang (6,440), Gombak (5,603) dan Sepang (2,198).

  “Jumlah lokaliti aktif  sebanyak 192 iaitu meliputi perincian lokaliti ‘panas’  20, wabak tidak terkawal (14), wabak terkawal (148) dan wabak baharu (10). 

 “Sebanyak 36 kematian dilaporkan dalam tempoh itu iaitu penurunan 25 peratus berbanding 48 kes pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sha’ari berkata, jumlah kes itu menunjukkan penurunan sebanyak 30.3 peratus iaitu keseluruhan 16,908 kes berbanding 55,773 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

 Katanya, komuniti di kawasan kediaman dan tempat kerja digalak melaksanakan gotong-royong secara berkala dengan mengamalkan pendekatan norma baharu.- UTUSAN  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya