Kadar pengangguran dijangka menurun - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran dijangka menurun

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat negara ini susulan pandemik Covid-19 dijangka menurun berdasarkan keadaan ekonomi yang semakin pulih ketika ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, statistik pengangguran menurun daripada 4.9 peratus pada Jun lalu kepada 4.7 peratus Julai lepas.

Beliau berkata, jumlah penganggur Jun lalu adalah seramai 773,200 orang dan menurun kepada 745,100 orang pada Julai lepas.

“Mengikut rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pemberhentian pekerja adalah seramai 77,888 orang sehingga 4 September lalu.

“Sementara itu, rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bagi pemberhentian pekerja pula seramai 56,595 orang sehingga 3 September lepas,” katanya selepas melancarkan Program Sanitasi Awam Parlimen Pendang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang di sini hari ini.

Awang menambah, walaupun kadar pengangguran mencatatkan penurunan, kementerian terus membantu lebih ramai penganggur mendapatkan semula pekerjaan termasuk graduan yang masih tidak bekerja.

“Kita akan bantu golongan ini menerusi pelbagai program termasuk Program Penjana Kerjaya yang menggalakkan majikan membuat pengambilan pekerja dengan sasaran 300,000 pekerja.

“Selain itu, terdapat juga Program Upskilling dan Reskilling Penjana yang menyasarkan seramai 100,000 individu menyertai kursus latihan yang diperlukan industri,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya komited terus membantu golongan terlibat untuk ditempatkan dalam pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.