Jumlah kilang akan dipindahkan sedang diteliti - Utusan Malaysia

Jumlah kilang akan dipindahkan sedang diteliti

Ng Sze Han (tengah) dalam sidang akhbar selepas Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Daerah Klang di Klang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan negeri sedang meneliti jumlah kilang di Selangor yang akan dipindahkan dan berada dalam kawasan berisiko tinggi atau berpotensi mencemarkan sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, pihaknya masih belum mengetahui jumlah kilang yang perlu berpindah kerana kawasan tadahan air itu besar.

”Semua kilang di Selangor yang berada dalam kawasan berisiko tinggi atau berpotensi mencemarkan sungai akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai. Malah, jika melibatkan kilang haram, ia tidak akan diputihkan.

“Sekiranya terletak di rezab sungai, kilang ini juga perlu dipindahkan kerana bukan kilang haram saja boleh mencemarkan sungai.

“Kilang berlesen juga ada kemungkinan mencemarkan sungai sekiranya tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tempoh pemutihan kilang ini juga kekal sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Daerah Klang hari ini di Majlis Perbandaran Klang.

Mengulas mengenai pencemaran sungai di Rawang kelmarin, Sze Han berkata, apa yang berlaku sebenarnya bukan melibatkan sungai utama tetapi anak sungai.

Jelasnya lagi, pencemaran itu masih belum dipastikan puncanya dan mungkin dari kilang tanpa kebenaran atau kumbahan daripada Indah Water Konsortium (IWK).

“Saya bukan menuduh IWK, tetapi kumbahan ini juga kemungkinan satu punca dan kilang berlesen pun ada kemungkinan jika mereka tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan JAS.

“Kita perlu melihat segala punca pencemaran sungai secara menyeluruh,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya