Janda, duda antara ditahan khayal dadah - Utusan Malaysia

Janda, duda antara ditahan khayal dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis menahan lima individu termasuk pasangan kekasih berstatus janda dan duda dalam serbuan di sebuah pondok berdekatan Taman Ajil Perdana di sini Khamis lalu.

Kesemua suspek berusia 32 hingga 43 tahun ditahan pukul 6 petang ketika masing-masing khayal mengambil dadah. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, empat suspek termasuk janda anak tiga itu ditahan di hadapan pondok manakala seorang lagi di belakang. 

Menurut beliau, pemeriksaan menemui syabu seberat 64.3 gram, lapan botol mengandungi serbuk putih disyaki dadah heroin dan 764 biji bil kuda.

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM23,800 dan polis turut menyita sebuah motosikal  dipercayai digunakan suspek untuk mengedar dadah

“Kita percaya pondok milik salah seorang suspek ini dijadikan sebagai markas melepaskan gian dan pengedaran dadah sejak sebulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kesemua yang ditahan ada rekod berkaitan dadah kecuali suspek perempuan berusia 35 tahun yang berasal dari Ajil.

Katanya, kesemua suspek yang positif dadah jenis heroin dan methamphetamine ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya