Jaga-jaga `bom’ menjelang hari undi - Teck Lee - Utusan Malaysia

Jaga-jaga `bom’ menjelang hari undi – Teck Lee

Datuk Yong Teck Lee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jaga-jaga ‘bom’ ditabur menjelang beberapa hari lagi pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ketua menteri pada 1996-1998 tetapi tidak bertanding kali ini menarik perhatian apabila mengguna istilah ‘bom’ di Sabah bermaksud duit yang ditabur oleh peraih undi.

“Yang dimaksudkan ‘bom’ ini peraih undilah. Bawa orang keluar untuk mengundi. Di kawasan kami (Luyang dan Tanjung Papat) ) kuranglah, luar bandar mungkin.

“Anda cakap sini ada peraih undi, BR1M pun kalah tau. Orang baris. Yang kami bimbang hari terakhir (keesokannya mengundi) itu tambang.

“Misalnya banyak orang di Kota Kinabalu, ramai yang mengundi di lain daerah. Katakan 26 haribulan hari pengundian, dua hari sebelumnya mereka akan pergi ke pejabat parti untuk minta duit tambang balik kampung.

“Dia pergi ke semua pejabat parti minta duit untuk tambang. Itu perkara biasa di Sabah,” kata beliau ditemui di pejabat SAPP di sini kelmarin.

Kempen PRN Sabah yang menyaksikan persaingan 447 calon berserta 56 calon Bebas daripada 16 parti merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbaki empat hari saja lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan jumlah keseluruhan pengundi 1.1 juta orang untuk PRN ke-16 itu dengan 75 peratus dijangka keluar mengundi berbanding hanya 69 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN