Inkues Nora Anne: Unit K9 kesan sesuatu - Utusan Malaysia

Inkues Nora Anne: Unit K9 kesan sesuatu

D. Manimaran (kanan) dan S. Simon hadir ke Mahkamah Koroner Seremban bagi memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin, hari ini. - FOTO: AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Koroner Seremban diberitahu oleh saksi kesepuluh bahawa anjing di bawah jagaannya mengesan bau di pokok buluh 50 meter daripada tempat penginapan keluarga Nora Anne Quoirin.

Koperal D. Manimaran, yang merupakan seorang anggota polis dari Unit K-9 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur memberi keterangan itu ketika ditanya pegawai pengendali inkues, Noralis Mat.

Menurut Manimaran, anjing jenis German Sherphard itu berhenti di pagar namun deria baunya menunjuk ke arah pokok buluh.

“Kemungkinan sebab tempat itu ada pagar tak boleh akses terus jadi saya bertindak bawa anjing saya lepasi pagar, saya masuk selit di pagar itu, saya pergi ke sempadan yang satu lagi.

“Ya, macam ia terbau sesuatu di pokok buluh,” katanya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum memulakan operasi pencarian, anjing itu sudah menghidu pakaian Nora Anne.

“Kami sebagai ‘handler’ memang tahu bagaimana pergerakan anjing saya.  Apabila ia pergi ke arah pokok, ada sesuatu tetapi tidak pasti di mana, milik mangsa atau bukan tidak dapat dipastikan, jadi saya pergi semula ke sana dan periksa semula.

“Saya sebagai ‘handler’ tidak boleh arahkan anjing saya pergi lain-lain tempat,” tambahnya.

Jelasnya lagi, selepas itu dia, menyuruh anjing terbabit melakukan kesan dan cari.

“Anjing kami dilatih untuk ‘kesan dan cari’. Selepas itu, anjing membawa saya ke laluan ada bukit dan naik bukit, saya naik atas dan turun semula. 

“Selepas itu, ada satu lereng bukit, anjing saya menghala ke atas, ada kawasan yang mempunyai pokok baru tanam, naik sampai jalan atas bila anjing saya berhenti di sana. 

“Saya ikat anjing di pokok sekejap dan bagi anjing saya rehat, saya periksa sekeliling tempat tapi tidak jumpa apa-apa,” katanya.

Turut hadir memberi keterangan pada hari keenam prosiding inkues ialah saksi ketujuh, Suhana Ismail dan saksi kelapan, Saiful Fazzamil Mohd. Ali yang merupakan ahli kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Seorang lagi, iaitu saksi kesembilan, Sarjan S. Simon dari Unit K-9 Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA turut hadir.

Nora Anne, 15, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu. 

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya