Hajiji sedia terima jawatan Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Hajiji sedia terima jawatan Ketua Menteri

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersedia menggalas tugas sebagai Ketua Menteri yang baharu seandainya dicalonkan.

Beliau berkata, setakat ini masih tiada tawaran secara rasmi yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepadanya.

Bagaimanapun, jelasnya, perkara itu memerlukan perbincangan dengan rakan-rakan parti yang lain dan ia akan diputuskan apabila sudah memenangi pilihan raya.

“Pastinya saya akan terima.

“Saya tidak dimaklumkan secara khusus dan rasmi tetapi apa pun parti-parti rakan iaitu UMNO, Barisan Nasional (BN) Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional (PN) akan menyelesaikan isu ini apabila tiba masanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.