Hajiji, Mohd. Shafie selesai mengundi - Utusan Malaysia

Hajiji, Mohd. Shafie selesai mengundi

HAJIJI Noor mengundi di SK Serusup, Tuaran, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua pemimpin utama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini iaitu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selesai mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Mohd. Shafie yang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul, Semporna tiba pada pukul 8.16 pagi manakala Hajiji pula mengundi di SK Serusup, Tuaran pada 10.10 pagi.

Antara pemimpin lain yang sudah menunaikan tanggungjawab mereka ialah bekas Ketua Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berbuat demikian pada pukul 9.40 pagi di SJK ©️ Chung Hwa, Kota Belud.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di SJK (C) Chung Hwa, Kota Kinabalu pada pukul 10.14 pagi untuk melakukan tinjauan di pusat mengundi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya