'Saya tidak terlibat komplot jatuhkan kerajaan' -Shahidan - Utusan Malaysia

‘Saya tidak terlibat komplot jatuhkan kerajaan’ -Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak terlibat dengan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan nama beliau sebagai salah seorang daripada 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Presiden PKR membentuk kerajaan baharu itu adalah tidak benar.

Sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), beliau turut mengesahkan bahawa 50 Ahli Parlimen daripada kelab penyokong kerajaan sama sekali tidak terlibat menyokong Anwar.

“Saya yakin mereka (pembangkang) tidak akan boleh menumbangkan kerajaan. Sekiranya apa-apa terjadi dengan kerajaan sekarang, yang akan berlaku hanya pembubaran Parlimen dan pilihan raya.

“Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen kerajaan yang lompat dan saya sendiri yang dikaitkan nama dengan komplot Anwar itu menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan tidak mungkin berlaku. Saya tetap dengan Barisan Nasional (BN),” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, di sini hari ini.

Sejak semalam, tular senarai nama 19 Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan menyatakan sokongan terhadap Anwar membentuk kerajaan baharu.

Selain Shahidan, antara nama lain yang dikaitkan termasuk Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Nama lain adalah seperti Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz: Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Shahidan berkata, fokus BN ketika ini adalah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selain tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang termasuk dalam soal pembentukan kerajaan baharu ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.