fbpx

4 Disember 2020, 10:07 pm

  TERKINI

Felda bakal lantik pengarah besar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Felda akan mengumumkan pengarah besar baharunya dalam masa terdekat susulan tempoh perkhidmatan Datuk Dr. Othman Omar berakhir semalam.

Unit Komunikasi Korporat dalam satu kenyataan berkata, Othman telah berkhidmat selama dua tahun di agensi tersebut dan pelantikan baharu perlu dibuat bagi memenuhi jawatan tersebut.

“Felda mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Dr. Othman dan mendoakan kesihatan, kesejahteraan serta kejayaan beliau dalam penglibatan beliau seterusnya.

“Felda akan mengumumkan pelantikan Pengarah Besar yang baharu dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Othman, beliau telah menerajui usaha-usaha pemulihan dan menggerakkan pelaksanaan Kertas Putih Felda.

“Datuk Dr. Othman menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan Program Pembangunan Peneroka (PPP) bagi meningkatkan pendapatan warga peneroka selain mengurangkan kebergantungan pada komoditi sawit dan getah.

“Seluruh ahli lembaga pengarah, pengurusan serta petugas Felda menyampaikan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan dan jasa Datuk Dr. Othman selama memimpin organisasi ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE