Empat sahabat ditahan edar ganja - Utusan Malaysia

Empat sahabat ditahan edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan empat sahabat terlibat dalam pengedaran dadah mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Menara Simfoni, Balakong, di sini semalam.

Penahanan empat sahabat termasuk seorang penuntut universiti itu dilakukan kira-kira pukul 2.25 petang selepas polis menahan pemuda berusia 24 tahun di kawasan parkir di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu ketulan mampat disyaki ganja seberat 256.5 gram.

“Hasil tangkapan itu, kami menahan tiga lagi rakannya yang masing-masing berusia 24 tahun di sebuah rumah di lokasi terbabit pada pukul 2.45 petang, hari sama.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemukan enam ketulan mampat, 18 paket dan empat botol cecair mengandungi bahan disyaki ganja seberat 2,360 gram bersama peralatan untuk membungkus dadah,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,541 dan dipercayai boleh dibekalkan kepada 872 penagih dadah.

“Dalam serbuan ini, kami turut merampas wang tunai sebanyak RM1,200. Siasatan lanjut mendapati sindiket itu aktif dalam aktiviti pengedaran ganja di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Semakan mendapati dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod berkaitan kes jenayah dan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing terhadap mereka didapati positif ganja,” jelasnya.

Dalam pada itu, kesemua suspek ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya