Lima lelaki diburu bantu siasat kes bunuh - Utusan Malaysia

Lima lelaki diburu bantu siasat kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mencari lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pangsapuri di Kajang pada 14 Ogos lalu.

Mereka ialah N. Vesnu, 29, V. Sugumaran, 31, K. Gunaseran, 25 dan S. Tinakaran, 30, serta R. Navukarasan, 29.

Difahamkan, Vesnu dan Sugumaran masing-masing beralamat terakhir No 32, Jalan Muhibah Taman Muhibah, Sungai Chuah, Selangor serta No 3, Jalan Cendana 3, Taman Cendana, Sungai Chuah, Kajang.

Dua lagi suspek, Gunaseran tinggal di alamat terakhir di No 111, Jalan Gelang 7, Bandar Putri, Klang Selangor manakala Tinakaran beralamat di No. 27, Jalan  6 Taman Asa Jaya, Kajang dan Navukarasan di No 40, Jalan 2, Taman Semarak, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata,  satu laporan polis telah dibuat oleh kekasih mangsa kira-kira pukul 10.24 malam.

Ujarnya, mangsa berusia 26 tahun itu dikatakan dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum dia disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108 atau mana-mana balai polis .- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya