Dua maut nahas  kereta, treler - Utusan Malaysia

Dua maut nahas  kereta, treler

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Dua maut dalam kemalangan sebuah kereta dan  treler di Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Kampung Kayan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian  pukul 7.30 pagi itu, pemandu dan penumpang kereta, Zaibidi Muhi, 40, dan Mohd Raimi Rustam, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, kereta jenis Proton Wira dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Sitiawan ke Teiuk Intan manakala treler terbabit dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.32 pagi sebelum sepasukan anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi sudah dikeluarkan orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pasukan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya