Bom era Perang Dunia Kedua tertanam depan rumah - Utusan Malaysia

Bom era Perang Dunia Kedua tertanam depan rumah

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang suri rumah tidak menyangka objek besi yang ditemukan tertanam di depan rumahnya di Permatang Berangan, Tasek Gelugor, di sini semalam adalah bom lama ketika era Perang Dunia Kedua.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita itu ternampak satu objek besi yang terdedah di dalam tanah selepas hujan kira-kira pukul 5 petang sebelum mengoreknya.

Katanya, dia kemudian mendapati objek tersebut menyerupai bom lama sebelum memaklumkan kepada anak lelakinya yang membuat laporan polis.

“Hasil penelitian mendapati objek berbentuk bulat dan tirus pada bahagian hujung itu mempunyai persamaan seperti bom mortar lama berukuran kira-kira 14 sentimeter panjang dan tujuh sentimeter lebar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, Unit Pemusnah Bom yang tiba kira-kira pukul 8.15 malam di lokasi itu mengesahkan objek tersebut adalah bom jenis Shell 20mm yang digunakan pada perang Dunia Kedua.

Menurutnya, bom itu dijangka dimusnahkan di lokasi selamat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya