Bidaan nombor siri DDV kutip RM1.98 juta - Utusan Malaysia

Bidaan nombor siri DDV kutip RM1.98 juta

Hanif Yusabra Yusuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip sebanyak RM1.98 juta untuk bidaan nombor pendaftaran DDV yang dibuka selama seminggu bermula 17 September lalu.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, setakat ini, siri DDV itu mencatatkan kutipan terbesar bidaan berbanding siri lain.

Menurutnya, nombor pendaftaran DDV 1 mendapat bidaan tertinggi sebanyak RM250,000 melibatkan 11 pembida dan merupakan harga bidaan JPJeBID tertinggi bagi seluruh negara untuk tahun 2020 setakat ini.

“Pada tahun 2019 rekod tertinggi bidaan adalah nombor ALL 1 iaitu sebanyak RM278,000 semenjak sistem JPJeBID diperkenalkan.

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di Pejabat JPJ negeri ata1u cawangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan, iaitu bermula dengan siri DDP hingga DDU, jumlah kutipan hasil JPJ Kelantan adalah sebanyak RM8.46 juta.

Beliau turut memberitahu, baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka untuk dibeli oleh orang awam mengikut harga minima seperti kategori Nombor Bernilai Utama RM20,000; Nombor Menarik bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000, Nombor Popular RM500 dan Nombor Semasa RM300.

Orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran ini, boleh berurusan di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan, selain disarankan untuk memiliki ID mySIKAP awam jika mahu berurusan secara atas talian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya