Bantah bahasa Mandarin dalam portal SPRM - Utusan Malaysia

Bantah bahasa Mandarin dalam portal SPRM

AZIRUL SYAFIQ SAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Bahagian Tanjung Malim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkaji semula portal dalam bahasa Mandarin suruhanjaya itu.

Ketuanya, Azirul Syafiq Sazali berkata, penggunaan bahasa Mandarin dalam portal rasmi SPRM adalah penghinaan terhadap bahasa kebangsaan.

Katanya, perkara itu juga bertentangan dengan Artikel 152 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu perlu digunakan bagi urusan rasmi kerajaan.

“Tindakan SPRM itu secara tidak langsung menjadikan bahasa kebangsaan tidak dinilai sebagai bahasa yang menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk memahaminya, apatah lagi fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Azirul Syafiq berkata, sudah tentu kaum lain seperti India dan suku kaum lain seperti Dayak, Iban dan lain-lain juga menuntut penggunaan bahasa ibunda mereka pada masa akan datang.

“Tindakan SPRM amat tidak wajar dan perlu dihentikan kerana seluruh rakyat membantah serta memberikan reaksi kurang senang terhadap perkara ini,” katanya.

Semalam, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Menurut SPRM, portal itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Kata SPRM, kemudahan terbaharu itu diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya