Artis pun terkesan banjir di ibu negara - Utusan Malaysia

Artis pun terkesan banjir di ibu negara

Guru-guru Sekolah Rendah Agama Tengku Ampuan Jemaah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bergotong-royong membersihkan bilik darjah pada 11 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara kelmarin menyebabkan kerosakan harta benda orang ramai termasuk peniaga.

Antara individu yang terkesan ialah pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin apabila restoran miliknya di Kampung Baru dan kereta pekerja dimasuki air.

“Saya menerima berita kedai saya dilanda banjir pada pukul 6 petang itu selepas dihubungi pekerja.

“Sewaktu kedai dinaiki air, pelanggan belum ramai. Mujur pekerja saya kerja kuat berusaha selamatkan barang-barang penting.

“Ada antara kereta pekerja saya juga rosak kerata tidak sempat dialihkan,” kata wanita itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, dia tetap bersyukur walaupun terpaksa menanggung kerugian tetapi semua selamat.

Cerita Siti Elizad lagi, dia akan meneruskan perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Baru, Mohd. Noh Tugilan berkata, dia kerugian lebih RM10,000 apabila perabot, barangan persekolahan anak-anak dan perkakas elektrik terkena air.

“Hujan lebat dua jam dan saya tidak jangka air masuk sampai dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Jailan Simon berkata, hujan lebat tersebut sudah diramalkan jabatan itu.

“Hujan Khamis lalu meningkat antara satu hingga tiga meter dan sukar dielakkan melainkan ada sistem saliran yang baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam kejadian tersebut beberapa kawasan seperti sekitar Masjid Jamek ditenggelami air. Kejadian tersebut dipercayai berpunca air Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah.

Kawasan lain yang terkesan ialah Jalan Lengkok Berilmu, Bukit Petaling; Blok H PPR Kampung Air Panas; Jalan 7/48A Sebutir Perdana, Bandar Baru Sentul; Lorong Permai, Off Jalan Syed Putra Height dan Persiaran Tunku Jaafar, Tasik Perdana. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya