'Anwar tidak hubungi saya' - Noh Omar - Utusan Malaysia

‘Anwar tidak hubungi saya’ – Noh Omar

NOH Omar (dua dari kiri) melihat rumah penduduk di Kampung Limau Manis, Sepang yang rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan itu pada Rabu lalu - FOTO: NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Saya tidak pernah dihubungi Anwar Ibrahim.” Itu pengakuan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berhubung dakwaan ada dalam kalangan ahli Parlimen UMNO menyokong Presiden PKR itu untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau agak terkejut dengan dakwaan itu namun percaya ia hanyalah satu gimik politik bagi mengalih perhatian menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

“Saya tertanya-tanya juga ahli Parlimen UMNO daripada mana (yang menyokong Anwar). Tapi ini bukan kali pertama Anwar mengumumkan perkara yang diluar jangkaan.

“Saya fikir, dakwaannya itu sekadar gimik sahaja. Saya pun tidak tahu, bahaya juga orang berangan angan ini, gila bayang ke kita pun tak tahulah, ” sinis beliau ketika ditemui selepas melawat rumah penduduk yang terjejas akibat ribut, di sini hari ini.

Anwar semalam membuat kejutan apabila mendakwa menerima sejumlah sokongan daripada Ahli Parlimen Melayu dan Islam bagi menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya