Anwar seolah-olah hina Agong - Rosol - Utusan Malaysia

Anwar seolah-olah hina Agong – Rosol

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan disifatkan seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan Presiden PKR itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati baginda yang ketika ini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Rosol yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu, Anwar hanya bersandiwara demi meraih sokongan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berikutan kontroversi hebat membabitkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Anwar tidak ada kuasa untuk menentukan jatuh atau tidak kerajaan Perikatan Nasional (PN), itu satu pembohongan semata-mata dan kalau benar beliau mempunyai majoriti kukuh, buktikan. 

“Bagi saya ini pengumuman semalam merupakan satu lagi siri pembohongan beliau pada bulan September,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar dalam sidang akhbar khas mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan baharu tersebut adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperoleh.

Dalam pada itu, menurut Rosol, rata-rata rakyat gembira dengan pentadbiran kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin pada masa ini dan tiada sebab untuk menukar kerajaan mahu pun perdana menteri. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya