Ajaran sesat terkawal tapi perlu segera ditangani - Utusan Malaysia

Ajaran sesat terkawal tapi perlu segera ditangani

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Isu ajaran sesat di negara ini masih terkawal tetapi ia perlu segera  ditangani bagi menyekat penyebarannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, semua pihaknya perlu  bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana hal ehwal agama  di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cerita Rasul Melayu bukan baru. Ketika saya Mufti Wilayah Persekutuan saya pernah bertemu dia (lelaki dakwa diri Rasul Melayu) di Penjara Kajang dan dia beritahu dia telah membuat pengakuan bertaubat. Tetapi (apabila dikatakan muncul semula) saya cuba dapatkan sejumlah maklumat.

“Bila isu ini timbul mungkin boleh buat buku kecil atau makalah berkaitan ajaran sesat  yang akan diedar kepada imam-imam atau guru-guru takmir untuk memberi kefahaman tentang ini selain perlunya kerjasama negeri-negeri bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam  menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia yang dirasmikan  Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.  

Kelmarin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ,Abdul Kahar Ahmad, 70, yang mendakwa sebagai `Rasul Melayu’ ditahan di Kemensah, Hulu Kelang.

Turut ditahan  16 lagi pengikutnya. Semua ditahan dalam  serbuan  di Sungai Long, Kajang dan  Keramat di Kuala Lumpur.

Empat tahun lalu Abdul Kahar  dibebaskan selepas mengisytiharkan dirinya bertaubat kerana menyebarkan ajaran sesat.

Ajaran Abdul Kahar  difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya akan mengeluarkan sebuah buku Albayan dalam masa terdekat untuk menjelaskan isu-isu fahaman yang difatwakan terpesong.

Beliau menjelaskan, buku berkenaan akan mengambil kira pandangan ulama-ulama tentang bahaya fahaman liberalisme yang terkeluar daripada landasan Islam sebenar. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya