Air Sungai Gong berwarna hitam, kerja pembersihan selesai - Utusan Malaysia

Air Sungai Gong berwarna hitam, kerja pembersihan selesai

AIR Sungai Gong di Rawang, Selangor berwarna hitam dikesan LUAS semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerja-kerja pembersihan di Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor ekoran air berwarna hitam di Sungai Gong, Rawang dekat sini telah selesai.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan pukul 9 malam tadi.

“Kita sedang menyiasat punca kejadian. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan.

“Tiada henti tugas loji dan gangguan bekalan air dilaporkan,” katanya.

Semalam, LUAS menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung insiden air Sungai Gong berwarna hitam.

LUAS dalam kenyataannya berkata, siasatan di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS mendapati air sungai tersebut berwarna hitam dan tiada bau selain disyaki ia disebabkan oleh pewarna.

Berikutan itu, katanya, LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor.

“Siasatan juga mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna dan berbuih daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) GBK 134 area 5 di kawasan Perindustrian Rawang.

“Pensampelan telah dijalankan oleh pihak LUAS dan mendapati kandungan Ammonia adalah sebanyak 5.2 mg/I dan TSS adalah 47 mg/I.

“Pihak IWK telah memberhentikan aliran dari incoming pump dan seterusnya memberhentikan pelepasan discaj efluen,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya