97 masjid daerah Kota Setar ditutup - Utusan Malaysia

97 masjid daerah Kota Setar ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 97 masjid serta surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) daerah Kota Setar ditutup mulai semalam sehingga 25 September ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEINK), Mohd. Yusri Md. Daud berkata, ia berdasarkan penetapan 28 mukim di Kota Setar yang terlibat dengan Temco.

“Ia membabitkan masjid negeri, Masjid Zahir dan semua masjid serta surau di daerah Kota Setar.

“Solat Jumaat di masjid terlibat ditangguhkan dan digantikan dengan solat fardu Zohor.

“Aktiviti-aktiviti keagamaan seperti majlis ilmu, kuliah, kelas pengajian, majlis bacaan Yasin dan sebagainya  tidak dibenarkan termasuk akad nikah, “ katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Yusri berkata, solat fardu berjemaah di masjid-masjid terlibat pula dibenarkan dengan bilangan tiga jemaah melibatkan imam, pegawai masjid atau jawatankuasa kariah secara bergilir-gilir dalam satu waktu.  

“Jawatankuasa kariah melalui Pejabat Agama Daerah boleh mengesyorkan penutupan masjid jika dibimbangi akan berlaku penularan, dan dipertimbangkan tahap keseriusan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Khas Isu Covid-19,” katanya.

Selain itu, tambahnya, proses pembersihan dan disinfeksi akan dilakukan di masjid dan surau yang terjejas akibat Covid-19,” tambahnya.

“Masjid yang didapati jemaahnya positif Covid-19, hendaklah dilakukan sanitasi secara keseluruhan dan operasi masjid adalah ditutup sepenuhnya selama 14 hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.