78 kes jualan murah dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

78 kes jualan murah dikenakan tindakan

ROSOL Wahid (dua, kiri) melihat produk yang dipamerkan dalam Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2020 di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini hari ini.-UTUSAN/ROSALINDA MD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 78 kes berkaitan kesalahan jualan murah direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membabitkan nilai rampasan sebanyak RM44,604, tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kesalahan itu termasuk harga jualan mengelirukan, mengadakan jualan murah tanpa notis pemakluman di samping tidak mempamerkan jualan murah.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 20 kes dikesan berlaku sejak Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2020 dilaksanakan bermula Julai lalu dengan membabitkan nilai kompaun sebanyak RM15,000. 

“Kementerian juga menerima 389 aduan mengenai jualan murah sepanjang tahun 2020 ini. 

“Jadi kita minta pengguna lebih berhati-hati dan sentiasa memeriksa resit masing-masing setiap kali melakukan pembelian agar terhindar daripada sebarang penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan PJM dan KBBM di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman di samping Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia. 

Seramai 41 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan 32 outlet menyertai PJM dan KBBM 2020 di Terengganu yang berlangsung selama empat hari berakhir esok. 

Rosol berkata, pada tahun lalu kesalahan jualan murah yang direkodkan adalah sebanyak 298 kes dengan nilai rampasan RM126,797.05 manakala pada 2018, 181 kes (RM127,647.30). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya