fbpx

4 Disember 2020, 10:19 pm

  TERKINI

Rumah proses air ketum diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di sebuah lokasi di Tampoi di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam serbuan pada pukul 1.45 petang itu, pihaknya menahan lima lelaki kerana memiliki memiliki 32 liter air ketum beserta 670 kilogram daun ketum.

“Ketika pemeriksaan dibuat, polis juga menemukan dua botol kodein serta peralatan digunakan untuk memproses air ketum.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM10,120,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Fariz Ammar, pemeriksaan air kencing yang dibuat terhadap kesemua suspek berusia antara 23 tahun hingga 34 tahun itu mendapati seorang daripada mereka positif penyalahgunaan dadah.

“Turut dirampas dalam serbuan berkenaan sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15)1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun. – UTUSAN ONLINE