Video tular: Gaduh akibat salah faham - Utusan Malaysia

Video tular: Gaduh akibat salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan beberapa individu di Dataran Merdeka, di sini Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu menyebabkan 12 individu ditahan polis Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah seorang suspek yang tidak berpuas hati kepada adik seorang rakannya yang juga mengikut kumpulan bermotosikal berkenaan.

“Polis menahan 12 individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mereka dituduh hari ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Dalam majlis itu, seramai 342 individu membabitkan pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang masih berkhidmat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara.

Sebelum ini, video berdurasi 14 saat tular dalam laman sosial Facebook dan Instagram,menunjukkan sekumpulan anak muda menendang dan menumbuk antara satu sama lain sambil memegang topi keledar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya