Tiga ADUN Perlis selesai jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiga ADUN Perlis selesai jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan berhampiran lokasi Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (Temco) di Kuala Sanglang selesai menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Ketiga-tiga mereka membabitkan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim; Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan Sanglang, Mohd. Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Ujian saringan itu dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kira-kira pukul 9 pagi.

“Alhamdulilah kami bertiga selesai (lakukan ujian saringan) pagi tadi. Semua berjalan dengan lancar,” kata Mohd. Ridzuan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Hamdan Bahari mengarahkan ketiga-tiga ADUN tersebut menjalani saringan sebelum dibenarkan hadir ke Sidang DUN Perlis bermula esok.

Sabtu lalu, kerajaan negeri mengumumkan pelaksanaan Temco di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul selama 28 hari sehingga 4 September depan.

Berikutan itu, seramai 872 orang penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul diminta membuat ujian saringan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya