Tiada 'abang long' dalam Muafakat Nasional - Utusan Malaysia

Tiada ‘abang long’ dalam Muafakat Nasional

Ahmad Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tiada istilah abang long dalam Muafakat Nasional (MN), sebaliknya semua pihak merupakan rakan setaraf termasuk apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai gabungan itu secara rasmi.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebagai rakan setaraf, semua pihak boleh memberikan teguran atas dasar kebersamaan dan bukan untuk menunjukkan siapa yang kuat, lebih kanan mahu pun ramai pengikut dan sebagainya.

“Jadi semua pihak harus faham dengan hasrat MN dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh menjadi abang long dalam erti kata politik negara kita.

“Apabila kita adalah rakan setaraf, saranan dan nasihat boleh diberikan tetapi masing-masing kena cermin diri supaya kebersamaan dalam MN adalah untuk mencapai objektif, bukan untuk menunjukkan siapa kuat, siapa yang senior atau lebih ramai pengikut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) Kali Ke-45 2020 di sini semalam.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu bersetuju menyertai MN.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri optimis proses rundingan kerusi MN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan mencapai kata persetujuan di akhir perbincangan nanti.

“Insya-Allah semua itu masih dalam proses, kita ada banyak lagi kerusi yang perlu dirundingkan iaitu sebanyak 222 (kerusi Parlimen).

“Soal pihak yang mahu itu ini dan bermacam ‘wishlist’ saya rasa perkara biasa dan apabila kita duduk, kita kena bertolak ansur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya