Sultan Johor ambil berat kemajuan luar bandar - Utusan Malaysia

Sultan Johor ambil berat kemajuan luar bandar

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat menitikberatkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kemajuan kawasan luar bandar di negeri ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Malah baginda sentiasa berpandangan jauh demi membangunkan Johor ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang. 

Terdahulu dalam hantaran baharu Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan, baginda menerima mengadap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yang juga Ahli Parlimen Mersing. 

“Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menyentuh mengenai pelan strategik bagi membangunkan kawasan Mersing sebagai antara lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara,” kata Facebook Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Datuk Che Zakaria Mohd Salleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN