Suami isteri mualaf maut kemalangan - Utusan Malaysia

Suami isteri mualaf maut kemalangan

LOKASI kemalangan di Kilometer 24, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Negeri Sembilan yang meragut nyawa Rahman Segher dan Saerah Abdullah, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Sepasang suami isteri Orang Asli yang baru memeluk Islam bulan lalu maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Seremban-Simpang Pertang berhampiran Madrasah Tahfiz Yamin, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Rahman Segher, 44, meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala isterinya, Saerah Abdullah, 52, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang pasangan tersebut dan kereta jenis Honda Jaz dipandu seorang lelaki.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Seremban ke Jelebu hilang kawalan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maslan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berkongsikan status mengenai pasangan berkenaan.

“Pada hari kejadian, Abdul Rahman sepatutnya hadir ke Kursus Asas Saudara Baru di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban tetapi tidak sempat untuk menyertainya. Abdul Rahman merupakan saudara baru yang memeluk Islam pada 17 Julai 2020.

“Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Masjid Kariah Amar Penghulu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Serambai selepas solat Maghrib,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya