'Saya mahu fokus PRN Sabah' - Bung Moktar - Utusan Malaysia

‘Saya mahu fokus PRN Sabah’ – Bung Moktar

i-sinar
BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin enggan melayan kritikan sesetengah pihak yang membantah beliau mengetuai jentera parti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bung Moktar yang enggan mengulas berkata, fokusnya adalah memegang amanah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memperkemas jentera pilihan raya.

“Saya belum mahu ulas tentang itu. Biarlah dahulu, tidak apa. Lagipun kita menghormati perbezaan pendapat.

“Fokus saya adalah pegang amanah untuk memperkukuh jentera UMNO dan BN (Barisan Nasional) bagi menghadapi pilihan raya. Hal lain saya tidak mahu fikir,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbar bersama beberapa Ketua UMNO Bahagian dari Sabah pada Selasa lalu menolak pelantikan Bung Moktar mengemudi jentera UMNO dalam PRN Sabah.

Abdul Rahman berkata, meletakkan pemimpin yang mempunyai kes perbicaraan di mahkamah ibarat ‘membunuh parti’.

Bung Moktar, Ahli Parlimen Kota Kinabatangan itu berdepan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 daripada ejen pelaburan melalui isterinya, Datin Seri Zizie Ezette.

Beliau yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam PRN nanti turut didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan juga melalui Zizie Ezette bagi tujuan sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya