Remaja hamil parah ditetak suami - Utusan Malaysia

Remaja hamil parah ditetak suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang remaja warga Vietnam parah selepas ditetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Jalan Bagan Jermal, Butterworth, di sini 20 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut akibat kecederaan di bahagian leher.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa yang hamil tujuh minggu dengan suspek yang juga warga Myanmar berusia 18 tahun.

Suspek dikatakan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan meminta mangsa menggugurkan kandungannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pasangan suami isteri itu baharu mendirikan rumah tangga kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal mendapati, suspek bersama seorang rakannya yang turut terlibat dalam kes ini melarikan diri sejurus selepas kejadian.

“Polis dapat menjejaki dan menangkap suspek di kawasan ladang getah di Kampung Lancuk Binjai, Pendang, Kedah kelmarin kira-kira pukul 7 malam manakala rakannya sudah ditahan pada hari kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya