Dua tukang paip ceroboh rumah diberkas - Utusan Malaysia

Dua tukang paip ceroboh rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua tukang paip bukan sahaja tidak  sempat melarikan barang berharga dari  rumah yang dipecah masuk tetapi  lebih malang apabila kena cekup dengan polis. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata,  kejadian pukul 10.15 pagi  berlaku di Taman Laman Setia, Gelang Patah semalam.

Menurut beliau,  polis menerima maklumat daripada pengadu yang ternampak seorang lelaki berada di atas bumbung rumah jirannya yang tiada di rumah.

“Polis yang dihantar ke lokasi menahan dua lelaki berkenaan. Mereka didapati telah masuk ke d rumah yang pemiliknya berada di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki itu mendapati mereka tidak mendapat apa-apa barang berharga.

“Ujian air kencing kedua-dua lelaki itu negatif dadah tetapi mereka mempunyai tiga rekod jenayah,” kata beliau.

Dzulkhairi berkata, kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula semalam untuk disiasat d bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya