fbpx

Gajah berkeliaran di Simpang Perani

SEEKOR gajah merosakkan sebuah gerai buah-buahan di Batu 6, Mawai, Kota Tinggi, Johor.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 1 Ogos 2020, 9:26 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA TINGGI : Pengguna jalan raya di laluan Jalan Johor Bahru-Mersing terkejut dengan kemunculan dua ekor gajah liar di Kilometer 52 berhampiran Simpang Perani, Mawai dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam semalam itu, laluan kedua-dua arah berlaku sedikit kesesakan apabila pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat dan merakam gambar serta video ‘aksi’ dua mamalia berkenaan.

Menerusi video berdurasi 26 saat yang dikirimkan pengguna menunjukkan seekor gajah dewasa sedang berada di deretan kedai buah-buahan manakala seekor lagi sedang berjalan memasuki semak di laluan berkenaan.

Pada Isnin lalu, seorang pengawal keselamatan, Misran Tukijoh, 56, maut Isnin lalu akibat diserang gajah liar dalam kejadian di tapak lombong pasir di Batu 6, Simpang Perani, Mawai.

Lokasi kejadian itu tidak jauh daripada tempat kejadian iaitu kira-kira 500 meter.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya menjauhi atau tidak memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar atau video kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. – UTUSAN ONLINE

 

Dikemaskini pada