Bekas CEO didakwa rasuah RM10.48 juta - Utusan Malaysia

Bekas CEO didakwa rasuah RM10.48 juta

Suspek dibawa keluar daripada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terima wang sogokan berjumlah AS$2.5 juta (RM10.48 juta) sebagai balasan pembelian 10,000 tablet daripada sebuah syarikat luar negara.

Itu kegiatan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat tempatan yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Lelaki berusia 48 tahun itu disyaki telah melakukan kegiatan tersebut selama empat tahun dari 2014 sehingga 2018.

Menurut sumber, pembeli­an tersebut dibuat secara sulit tanpa persetujuan ahli lembaga syarikatnya sehingga menyebabkan kerugian besar.

Katanya, pembelian 10,000 tablet bernilai AS$5.8 juta (RM24.3 juta) itu dipercayai untuk kegunaan syarikat CEO itu.

“Wang rasuah yang diterima tersebut turut disorok di luar negara seperti di Singapura dan Hong Kong.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin selepas hadir memberi keterangan,” katanya di sini semalam.

Tambah sumber, perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga lusa dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan ­Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya