A-Level: IPT Malaysia tunggu dan lihat - Utusan Malaysia

A-Level: IPT Malaysia tunggu dan lihat

Para pelajar menyertai perarakan tunjuk perasaan di Codsall berhampiran Wolverhampton, England, kelmarin bagi membantah keputusan kerajaan Britain mengubah sistem penilaian peperiksaan A- level dan Sijil Am Pelajaran Menengah (GCSE). – ELLIS/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keputusan kerajaan Britain merubah sistem penilaian peperiksaan A- level dan Sijil Am Pelajaran Menengah (GCSE) menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya kepada banyak pihak di negara ini.
Malah, Presiden Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera Malaysia (PKIBM), Amir Hamzah Md. Isa dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memandang isu ini secara serius dan memantau rapat perkembangan di negara terbabit.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, PKIBM akan mengadakan mesyuarat dengan ahlinya dalam masa terdekat sebelum dapat membuat sebarang keputusan.
“Kita ambil maklum tentang isu yang berkaitan dengan pendidikan termasuk isu ber­kenaan. Setakat ini kami pantau dahulu.
“Esok kami adakan mesyua­rat dan akan cuba bangkit tentang isu ini. Jika ada sebarang maklum balas kami akan umumkan nanti,” katanya semalam.
Keputusan A-level dan GCSE kini berdasarkan penilaian oleh guru dan bukannya model standard yang digunakan oleh pengawal selia di pejabat kela­yakan dan peperiksaan Britain.
Sebelum ini, pihak berkuasa pendidikan United Kingdom (UK) menjalankan penilaian gred pelajar melalui algoritma bertujuan menyeragamkan keputusan yang membandingkannya de­ngan prestasi sekolah lalu.
Dalam pada itu, UiTM pula berkata, mereka tidak dapat memberikan sebarang ulasan buat masa ini dan menyifatkan ia masih di peringkat awal.
“Kita akan pantau dan tunggu keputusan di Britain terlebih dahulu sebelum dapat memberikan apa-apa komen,” ujarnya.
Sementara itu, Utusan Malaysia gagal mendapatkan ulasan Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md.Jidin berhubung isu tersebut hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya