fbpx

Sistem kehakiman tak perlu ‘direformasikan’

KUALA LUMPUR 19 September 2017- Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad di Seminar 120 Tahun Majlis Raja-Raja Melayu di Dewan Senat, UKM Bangi di sini hari ini Gambar - ABDUL NAZIR MOHAMED Pemberita - RUZAINAH (Utusan / S2 ) / ( Kosmo / )
  • Oleh Mohamad Hafiz Bin Yusoff Bakri
  • 2 Ogos 2020, 9:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem kehakiman negara ini tidak perlu ‘direformasi’ kerana tiada pembabitan atau campur tangan pihak lain termasuk pemimpin negara.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, sepanjang 39 tahun kerjayanya, belum ada pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad campur tangan atau mengarahkan hakim supaya membuat sesuatu keputusan.

Katanya, sehubungan itu dakwaan institusi kehakiman negara ‘tidak bersih’ dan berlaku campur tangan luar adalah salah.

“Jika ada pemimpin termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin melakukan campur tangan ia merupakan penghinaan kepada.
“Dalam tempoh 39 tahun kerjaya saya, saya tidak pernah menerima panggilan telefon atau nota. Malah tiada siapa menghampiri saya untuk mengarahkan, meminta atau membayangkan bagaimana saya patut buat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas rencana pensyarah, Prof. Dr. Haim Hilman menerusi sebuah portal berhubung kes berprofil tinggi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan itu antara lain menyatakan, keputusan mahkamah terhadap Najib sebagai satu manifestasi terhadap usaha membersihkan kehakiman negara.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, beliau tidak bersetuju apabila beberapa Perdana Menteri terdahulu mengetepikan hakim yang lebih berpengalaman.
“Perbuatan itu menampakkan adanya sesuatu motif yang tidak sepatutnya menjadi asas pemilihan itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE