KUALA LUMPUR: Perang harga antara syarikat pengendali operator e-hailing menyebabkan nasib lebih 120,000 pemandu e-hailing di negara ini semakin tidak menentu dan sengsara. Rata-rata dalam kalangan mereka mengeluh apabila syarikat pengendali didakwa menurunkan kadar tambang semata-mata mahu menarik penumpang. Akibatnya, ramai pemandu mengadu kehidupan mereka tidak keruan kerana pendapatan yang diterima tidak berbaloi dengan sehari suntuk mereka keluar bekerja. Malah ‘seharian keluar pagi, balik malam, duit minyak pun tak lepas’. Mendedahkan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailling Malaysia (Mehda), Daryl Chong seterusnya menggesa kerajaan bertindak segera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya