UMNO perlu berhati-hati – Khaled Nordin - Utusan Malaysia

UMNO perlu berhati-hati – Khaled Nordin

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhati-hati dan mengambil kira pandangan daripada semua pe­ringkat parti sebelum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, banyak pengalaman baharu yang dilalui parti itu sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan segala perkembangan itu perlu diambil kira sebelum UMNO melangkah lebih jauh.

“Pandangan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) juga perlu diambil kira dan tidak boleh diketepikan,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia yang disiarkan semalam.

Menurut Tengku Razaleigh, ada ahli UMNO yang masih belum boleh menerima pemimpin yang melompat dari UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus tidak bersetuju dengan penglibatan UMNO dalam PN.

Sebelum ini, UMNO, Pas dan Bersatu dilaporkan telah me­ngadakan pertemuan bagi membincangkan kemungkinan untuk mewujudkan persefahaman dalam kalangan tiga parti itu dan agenda melibatkan usaha pengukuhan kerjasama sesama parti sebagai kerajaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perjumpaan itu menandakan kerjasama yang lebih formal antara ketiga-tiga parti itu yang kini merupakan antara komponen yang membentuk kerajaan PN.

Berkenaan pandangan Tengku Razaleigh itu, Mohamad Khaled berkata, beliau percaya kenyataan itu bukan dibuat-buat dan kenyataan daripada pemimpin veteran itu perlu dihormati dan direnungi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya