Suami Youtuber didakwa miliki senjata - Utusan Malaysia

Suami Youtuber didakwa miliki senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

IPOH: Suami kepada Youtuber terkenal S. Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan  memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh M. Sugu, 29, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan ketika tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Mohd Nasir.

Pavithra, 28, juga berada di mahkamah dan dilihat berbual dengan suaminya sebelum prosiding bermula.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah sabit berukuran 26 inci bertulis Tiger pada kira-kira pukul 6 petang pada 21 Julai lalu di wad Unit Rawatan Paliatif HRPB di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Mohd. Fauzi kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diarah melapor diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya