Rosmah elak jawab isu Najib - Utusan Malaysia

Rosmah elak jawab isu Najib

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengelak daripada mengulas lanjut mengenai kes melibatkan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau pada mulanya memberi respons yang baik ketika ditanya sama ada ingin membuat sebarang kenyataan mengenai kes suaminya membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

“Nanti saya fikirkan, terima kasih banyak-banyak,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia.

Reaksi Rosmah itu susulan ketidakhadirannya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menemani suaminya yang dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Dalam masa sama, usaha menghubungi Rosmah gagal apabila beliau memutuskan talian setelah mendengar panggilan tersebut daripada Utusan Malaysia.

Terdahulu, pengawal kediamannya memaklumkan beliau berada di rumah dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.

Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Datuk Rozilan Salleh juga mengesahkan perkara sama ketika ditemui di kediaman Najib kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Datin Seri memang tidak mahu diganggu setakat ini, mungkin ambil masa, semua tunggu keputusan petang nanti sahaja,” katanya ringkas.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Beliau didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga dakwaan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.