PH belum tarik diri PRK Slim – Anwar - Utusan Malaysia

PH belum tarik diri PRK Slim – Anwar

ANWAR Ibrahim (kiri) beramah mesra dengan calon temuduga terbuka Hospital UCSI di Bandar Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. – Foto: BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenyataan bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya bahawa kerusi DUN Slim diserahkan kepada parti itu adalah tidak tepat.

Sebaliknya, jelas Anwar, siapa yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibincangkan antara Pakatan Harapan (PH) dan kem Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga anggota Maj­lis Presiden PH berkata, perkara itu mengambil kira kerusi Slim ditandingi oleh Bersatu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kami buat keputusan untuk berbincang dahulu dengan kumpulan Tun Mahathir kerana mereka (Bersatu) bertanding sebelum ini.

“Selasa nanti PH akan bertemu dengan mereka dan buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Temuduga Terbuka Hospital UCSI di Bandar Springhill di sini semalam.

Kelmarin, satu portal berita melaporkan bekas pemimpin Bersatu yang menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bertanding dalam PRK DUN Slim pada 29 Ogos depan.

Marzuki dilaporkan berkata, pihaknya akan meletakkan calon untuk menentang Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa keputusan tersebut dibuat selepas seorang ahli Maj­lis Presiden PH menyatakan tidak akan bertanding dalam PRK tersebut.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Dalam PRU-14, Mohd. Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd. Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya