Pemuda dikhuatiri lemas, sawan ketika pancing - Utusan Malaysia

Pemuda dikhuatiri lemas, sawan ketika pancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang kaki pancing dikhuatiri lemas selepas diserang sawan semasa memancing ikan di tiang 32, Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang di sini semalam.

Gananaphan, 27, sebelum itu dikatakan pergi memancing bersama rakannya di lokasi bawah jambatan berkenan sebelum terjatuh ke dalam laut  kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis  Daerah Seberang Perai Tengah , Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang pemandu bot.

Menurutnya, rakan mangsa telah memaklumkan yang lelaki itu telah diserang penyakit sawan semasa memancing lalu terjatuh ke dalam laut.

“Saksi memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak memakai jaket keselamatan walaupun telah dibekalkan oleh pemandu bot. 

“Semasa kejadian juga hanya mangsa dan rakannya sahaja  berada di tiang berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang kali terakhir dilaporkan memakai baju-T kelabu dan berseluar pendek itu sedang giat dijalankan.

Tambahnya, operasi tersebut melibatkan kerjasama pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri dan Angkatan Pertahanan Awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya