Najib yakin penyokong masih bersamanya - Utusan Malaysia

Najib yakin penyokong masih bersamanya

SEBAHAGIAN daripada penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi hari ini tidak akan memberi kesan kepada karier politiknya serta melunturkan sokongan para penyokong.

Beliau berkata, ini kerana dirinya masih berpeluang untuk membersihkan nama daripada kesemua sabitan itu di Mahkamah Rayuan.

Tegasnya, meskipun telah disabitkan, ia tidak bermakna apa yang berlaku hari ini adalah suatu pengakhiran.

“Keputusan ini bukan bermakna pengakhiran dunia kerana masih ada proses rayuan.

“Kami berharap akan berjaya dalam proses ini. Usaha akan diteruskan dan kepada semua penyokong saya harap mereka akan terus mempercayai saya,” katanya ketika sidang akhbar di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak, selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya