KLANG 6 Okt. – Dalam usaha menyediakan prasarana yang lebih baik kepada hampir 3,000 murid, Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru dekat sini, berhasrat untuk membina sebuah dataran berbumbung. Pembinaan dataran berbumbung itu kelak membolehkan murid-murid mengadakan perhimpunan harian dan mingguan serta pelbagai program luar bilik darjah dalam suasana lebih selesa, terlindung daripada cuaca panas terik dan hujan. Ini kerana, jumlah murid yang ramai menjadi cabaran kepada pihak sekolah menjalankan program dan aktiviti kerana ketiadaan tempat sesuai untuk menempatkan kesemua murid, lebih lagi jika melibatkan penyertaan ibu bapa. Kekangan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya