KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Johor hari ini. SPR akan mengumumkan tarikh itu pada sidang akhbar tengah hari ini di Menara SPR, Putrajaya. PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung. Md. Farid yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang anestesiologi…