Digosipkan punya hubungan mesra dengan Ayda Jebat, pengacara Nabil Mahir mengakui dia selesa berkawan dengan pelakon tersebut sejak beberapa bulan lalu. Melihat karakter Ayda yang disifatkan ‘gila-gila’ boleh diibaratkan seperti sebuah magnet yang mempunyai tarikan luar biasa. Kata Nabil, 31, yang putus cinta dengan Sarah Hildebrand beberapa bulan lalu, sifat Ayda yang berbeza menyebabkan dia berasakan keserasian di antara mereka berdua. “Kami sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.…