WASHINTON 4 Okt. – Megan Rapinoe kembali menyertai skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) dan menjadi watak penting ketika menang 2-0 dalam aksi persahabatan menentang Korea Selatan sekali gus mencipta rekod baharu buat jurulatih Jill Ellis. Kejayaan itu merupakan yang ke-106 buat pengendali itu dan dia berjaya mengatasi pencapaian Tony DiCicco sebagai jurulatih paling berjaya buat pasukan wanita AS. Allie Long dan Mallory Pugh menjaringkan kedua-dua gol AS dan…










