TAIPING – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian melarikan tiga kipas dinding di Masjid Nurul Islam di Aulong, di sini pada 28 September lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, hasil siasatan mendapati, suspek melakukan kegiatan itu menggunakan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan palsu. Beliau berkata, pihaknya percaya suspek melakukan kegiatan itu secara berkumpulan. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.